Apa itu e-Dagang?

Definisi penuh bagi e-dagang ialah mengeksploitasi teknologi dan aplikasi untuk menghubungkan sistem perniagaan yang kritikal secara terus kepada pelanggan, pekerja dan pembekal melaluit Intranet, Extranet dan WWW, tidak mengira saiz, lokasi dan apa jenis perniagaan pun.  Di antara syarat e-dagang iaitulah memerlukan pengemaskinian maklumat mutakhir dalam proses pentadbiran dan perniagaan.  E-dagang yang merupakan sebuah sistem perniagaan jual beli dalam talian ini banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti penggunaan telekomunikasi yang canggih dan dapat memuaskan pengguna yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak ketiga seperti bank dan syarikat kewangan. 

           


Seseorang individu ataupun sesebuah syarikat boleh melakukan transaksi jual dan beli di mana sahaja pada bila-bila masa menggunakan konsep e-dagang.  Cukup dengan mempunyai kelengkapan teknologi maklumat yang sesuai dan sistem telekomunikasi yang membolehkan seseorang itu mengakses kepada rangkaian untuk menjalankan perniagaan dengan teknologi e-dagang ini.  Meskipun konsep perniagaan ini semakin hari semakin melonjak naik penggunaannya, namun yang demikian masih ada lagi persepsi e-dagang tidak boleh dipercayai timbul dalam kalangan masyarakat Malaysia yang meragui keselamatan penggunaan konsep ini.  

1 comment:

  1. salam tuan, mohon share maklumat berkenaan dengan e=dagang

    ReplyDelete