Kepentingan e-dagang tidak dapat
dinafikan lagi dalam industri perniagaan sama ada di negara kita Malaysia mahupun
semua negara di seluruh dunia. Pada saat
ini, Malaysia sudah mencatatkan seramai 12.5 peratus sahaja pengguna yang tidak
pernah menggunakan perkhidmatan perbankan Internet menurut kajian yang
dilakukan oleh Institut Kewangan Asia (AIF).
Menurut kajian yang sama, sebanyak 36 peratus pengguna membuat
pembayaran secara manual iaitu pembayaran di kedai secara dua hala, 35 peratus
lagi pengguna yang mengakses kepada akaun masa nyata, manakala 35 peratus lagi
membuat pembayaran menggunakan kad kredit, serta 33 peratus membuat pembayaran
bil secara elektronik dan carian untuk barangan dan perkhidmatan kewangan di
Internet pula sebanyak 33 peratus.
Kajian mengenai perbankan elektronik ini masih berada di peringkat awal
perkembangannya namun dipercayai kemudahan ini akan semakin berkembang dengan
lebih meluas seiring dengan kepesatan penggunaan e-dagang dan teknologi yang
semakin canggih.
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (SKMM, 2016) mengatakan Malaysia berada di titik yang
terkesan dengan pertumbuhan e-dagang dengan jualan dalam talian pada satu
peratus berbanding dengan Eropah (7.8%), Amerika Syarikat (5.8%) dan China (7.2%). Negara membangun seperti Malaysia adalah
salah satu negara yang menduduki kedudukan teratas di Asia yang menggunakan
komputer dan telefon pintar yang mengakses Internet secara eksklusif.
No comments:
Post a Comment