E-commerce ataupun e-dagang ini
dipercayai wujud sejak sekitar tahun 1961 sehingga 1969 lagi. Ketika itu Internet juga baru wujud di negara
Amerika Syarikat. Namun pada sekitar
tahun tersebut sehinggalah pada awal tahun 90-an, e-dagang ini belum
digunakan. Menurut sejarah, e-dagang ini
dikhabarkan muncul secara rasminya pada tahun 1994. Pada tahun tersebut buat julung kalinya
sebuah banner elektronik dimuatnaik
bertujuan untuk mengiklankan perniagaan di laman sesawang. Lalu timbullah istilah e-commerce tersebut
yang dimaksudkan dengan transaksi perniagaan komersial, ataupun urusan jual
beli menggunakan konsep elektronik.
Ketika tahun permulaan konsep ini
mulai dikenali oleh masyarakat dunia, ramai jurnalis berpendapat bahawa
e-dagang ini akan menjadi sebuah ekonomi baru dunia namun sekitar beberapa
tahun kemudiannya sebuah protokol aman “https”
pula memasuki tahap yang dikatakan cukup kuat dan matang dan digunakan di
banyak laman untuk mengenkripsi dan merahsiakan data peribadi pelanggan. Di Malaysia pula, negara telah memperkenalkan
Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996 menurut Junaidah (2008). Aplikasi e-dagang adalah antara salah satu
daripada tujuh aplikasi perdana yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
menerusi program MSC pada tahun 1998. Aplikasi
perdana yang diperkenalkan bertujuan untuk melonjakkan pembangunan, memberi
banyak peluang perniagaan, dan juga memupuk pembangunan IKS (Industri Kecil dan
Sederhana) dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia. Semenjak itu, penglibatan e-dagang dalam industri
perniagaan di Malaysia semakin berkembang dan mampu menjana kepada peningkatan
ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment