Kepentingan e-Dagang dalam Perniagaan


Apabila menyebut tentang e-Dagang, daripada perkataan ‘e’ itu sahaja kita sudah tahu ianya suatu perkara yang dijalankan menggunakan perkhidmatan elektronik.  Ini bermakna aktiviti perdagangan ini dilakukan secara dalam talian ataupun dalam suatu sistem yang dicipta khas untuk tujuan tertentu sahaja.  Dalam perniagaan, aktiviti jual beli bukan sahaja melalui transaksi secara berhadapan dan manual.  Dengan menggunakan teknologi yang mengikut peredaran zaman, kini berdagang boleh sahaja dilakukan secara atas talian.  Meskipun ada juga segolongan manusia yang belum mempercayai kaedah ini, namun lebih ramai lagi yang percaya dan yakin dengan adanya konsep perniagaan seperti ini maka perniagaan mereka akan terjamin.  Golongan mereka yang yakin ini percaya bahawa e-dagang adalah suatu konsep yang penting dalam perniagaan.
            


Lalu apakah pula kepentingan konsep ini kepada perniagaan? Disini akan menjelaskan betapa pentingnya e-dagang ini kepada perniagaan.  Tidak kiralah perniagaan itu kecil atau besar.  Selagi boleh dijalankan secara atas talian, lebih elok dan pentinglah ia kepada perniagaan seseorang atau sesebuah syarikat. Pertamanya, konsep ini lebih mudah dikendalikan dan boleh sahaja membantu dalam meningkatkan keuntungan jualan.  Teknologi semakin canggih dan penggunaannya juga semakin lama semakin mudah.  Penggunaan teknologi sangat membantu dalam pengurusan perniagaan yang mana hasil daripada penggunaan tersebut, maka hasil keuntungan daripada jualan secara atas talian ini akan semakin meningkat.
            
Keduanya, penggunaan konsep e-dagang ini akan memberi lebih peluang kepada pihak pembekal dan pihak peniaga tidak mengira di mana sahaja mereka beroperasi.  Tempat operasi boleh sahaja dijalankan di rumah jika tidak mempunyai premis jualan atau sebarang bangunan komersial.  Peluang yang dimaksudkan disini adalah peluang jualan.  Dengan menggunakan teknologi seperti alat telekomunikasi telefon pintar, pembekal boleh menjalankan konversasi kepada peniaga dan peniaga boleh sahaja bertransaksi dengan pembelinya secara lebih mudah.  Ketiga, e-dagang ini penting untuk meningkatkan segala pertukaran maklumat berkaitan perniagaan.  Apa yang dimaksudkan disini ialah, pertukaran maklumat boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi seperti telefon dan komputer yang mempunyai akses kepada Internet.  Contohnya, peniaga ingin menukar alamat untuk barang yang ingin dibekalkan kepadanya dengan cara menghantar maklumat tentang alamat terbarunya menggunakan emel kepada pembekal.  Pembekal akan menerima dan bertindak dengan serta-merta. 
            
Kepentingan yang keempat tentang pentingnya konsep e-dagang ini dalam perniagaan ialah boleh meningkatkan kecekapan dan ketepatan dalam pengurusan perniagaan.  Bukan sahaja majikan, malah para pekerja juga dapat meningkatkan kecekapan, ketepatan dan kebolehan mereka dalam menguruskan perniagaan.  Perniagaan yang mempunyai pengurusan yang cekap mampu menambat hati mana-mana syarikat yang berkenaan untuk bekerjasama dengannya.  Pengurusan yang dimaksudkan adalah seperti pengurusan rekod pemfailan jual beli perniagaan dan pengurusan penghantaran barang bekalan.  Kelima adalah dapat menjimatkan kos transaksi.  Kos transaksi yang dapat dihapuskan atau dikurangkan yang dimaksudkan disini termasuklah kos berkaitan sewaan, kawalan, dan pemindahan barang ataupun perkhidmatan.  Penjimatan kos adalah antara perkara yang paling utama selain dapat menjimatkan masa serta tenaga.
            


Seterusnya, peniaga boleh membuat promosi dengan mengiklankan produk mereka melalui kemudahan Internet yang ada.  Globalisasi kini menunjukkan kemudahan Internet adalah teknologi yang paling banyak digunakan untuk menjalankan sesuatu perniagaan ataupun pekerjaan.  Peniaga seharusnya tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan mereka melalui Internet.  Banyak laman-laman web yang wujud seperti Lazada, Zalora, Mudah.Com yang menyediakan peluang untuk mempromosikan produk jualan dan perkhidmatan. 
            
Kepentingan yang seterusnya adalah penggunaan konsep e-dagang mampu membantu syarikat meluaskan pasaran di serata dunia.  Dengan adanya Internet, peniaga boleh meluaskan pasaran produk di mana-mana sahaja negara yang ada di dunia ini dengan menyediakan perkhidmatan fleksibel.  Fleksibel yang dimaksudkan disini iaitulah seperti contoh seorang peniaga menjual barangan aksesori telefon dan beliau mengiklankan di laman-laman web jualan antarabangsa seperti AliExpress yang menawarkan perkhidmatan penghantaran di mana sahaja dan ke luar negara.  Selain daripada itu, e-dagang juga penting untuk membantu menintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat dengan sesebuah transaksi perniagaan bagi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sesuatu perniagaan itu.  Perniagaan yang berintegriti mampu kekal dalam pasaran lebih lama lagi berbanding syarikat yang mempunyai kualiti perkhidmatan yang teruk dari segi integriti syarikat. 

            
Demikian itulah antara kepentingan penggunaan konsep e-dagang dalam perniagaan yang semakin diterima oleh masyarakat di negara ini dan tidak kurang malah lebih lagi pada masyarakat luar negara.  

No comments:

Post a Comment