Pengenalan e-Dagang



e-Dagang ataupun dalam Bahasa Inggerisnya disebut sebagai e-Commerce adalah perdagangan elektronik yang merujuk kepada perniagaan atau perdagangan yang dijalankan menggunakan peralatan dan infrastruktur teknologi komunikasi maklumat sebagai medium utama bagi tujuan komunikasi dan transaksi. Dengan menggunakan konsep e-dagang ini, masa kerja dan urusniaga menjadi lebih anjal (fleksibel), serta boleh beroperasi di rumah jika tidak mempunyai pejabat.  Pasaran perniagaan pula lebih meluas dan global serta mampu berjalan 24 jam tanpa henti. Selain daripada itu, kaedah pembayaran pula adalah berbentuk baru dan teknologi iaitu secara dalam talian yang mana ternyata jelas amat murah dan mudah jika hendak dibandingkan dengan kaedah pembayaran yang berbentuk lama iaitu secara konvesional.  Jenis pembayaran secara dalam talian ini juga mampu mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai nyata.  

No comments:

Post a Comment