Trend ekonomi global sekarang dalam
globalisasi ekonomi dan perdagangan memberi kesan yang amat besar kepada status
ekonomi negara. Negara membangun seperti
Malaysia kini berada dalam tahap ekonomi yang mencabar. Perniagaan yang dijalankan di negara ini
memerlukan banyak kos, apatah lagi lagi pembeli yang ingin menggunakan
perkhidmatan atau membeli barangan. Justeru
itu, perniagaan secara atas talian kini tumbuh bagai cendawan selepas
hujan. Penggunaan konsep e-dagang yang
semakin mendapat tempat digunakan semakin meluas. Namun, dalam setiap perubahan tetap ada
cabaran yang menghalang kepada pengembangan sesuatu itu.
Konsep e-dagang mempunyai cabarannya
yang tersendiri. Lebih-lebih lagi di zaman
dunia semakin maju dengan teknologi masa kini.
Perkhidmatan telekomunikasi dan jalur lebar yang terhad adalah antara
faktor utama dalam cabaran yang dihadapi penggunaan e-dagang ini. Talian rangkaian juga susah untuk dinikmati
terutama bagi mereka yang duduk di bahagian pedalaman. Lainlah jika hidup di kawasan bandar,
perkhidmatan Internet merupakan sesuatu yang paling senang untuk
dinikmati. Bagi kawasan luar bandar,
perkhidmatan rangkaian mudah alih pun kerap mengalami gangguan. Apatah lagi talian Internet. Maka, perlunya perkhidmatan jalur lebar dan
Internet berkelajuan tinggi untuk membuat transaksi e-dagang dan melayari laman
sesawang yang memberikan perkhidmatan e-dagang ini.
Selain daripada itu, kekangan dari
segi kualiti barangan yang diniagakan juga terjadi. Terdapat juga pemborong, peniaga, pengguna
dan pembeli yang mementingkan kualiti barangan yang hendak dibeli. Hal ini berikutan kepercayaan kepada
perniagaan berkonsepkan e-dagang belum mencapai tahap yang memuaskan bagi
mereka. Mereka khuatir jika barangan
yang dijual tidak menyerupai iklan dan promosi yang diuar-uarkan dalam media
massa. Sering terjadi ketidakpuasan hati
pembeli apabila menerima barangan yang lain daripada yang dipesan. Ding Chong Ming (2012) menyatakan mereka
terpaksa menerima barangan demikian memandangkan tiada lagi pilihan lain.
Penipuan internet juga merupakan
salah satu cabaran yang terpaksa dihadapi apabila berniaga atau berurusniaga
menggunakan konsep ini. Jenayah siber ini selalunya berkaitan dengan penipuan
barangan atau kewangan di mana ianya adalah suatu aktiviti sama ada peralatan
komputer atau rangkaian digunakan sebagai medium untuk melakukan jenayah yang
melibatkan kerugian wang ringgit. Jenayah
siber berlaku di mana mereka yang mahir memanipulasikan e-dagang akan melakukan
penyamaran atau penggodaman bertujuan untuk mengaut keuntungan dan mengambil
kesempatan atas periuk nasi orang lain. Sering terjadi penipuan seperti scam dan phishing yang menyebabkan pengguna atau pembeli trauma akan hal
tersebut. Mereka tidak mahu lagi berurusan
niaga yang menggunakan konsep elektronik kerana khuatir pisang akan berbuah dua
kali. Maka dari sini dapat kita lihat
penggunaan niaga berkonsepkan e-dagang ini mempunyai cabaran atau halangannya
yang tersendiri. Ini sangat jelas konsep perniagaan ini boleh menimbulkan
banyak kesan baik dan buruk, pro dan kontra kepada para pengguna.
Ayo Raih Kesempatan Mendapatkan Uang Ratusan Juta Rupiah... Bandar Sabung Ayam Online Terbesar dan Terpercaya di indonesia, Kunjungi Website Kami Di Ayo Daftar Disini Sekarang Juga untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda.
ReplyDeleteHubungi kami di WA: +62-812-2222-995 & Telegram : @bolavitacc